Oh and yah hello guys..
Welcome to ma lil film making blog "the making of A.Y.U and you".
Dan sebenarnya setiap perkara musti ada ceritera atau lebih
mudah tujuannya tersendiri.
Asas kita sendiri ada paksinya ada tiangnya dan yang pasti ada landasannya yang utuh iaitu agama sebagai pelengkap kehidupan kita.
Bukan sebagai pelengkap sahaja malah menjadikan agama sebagai amalan kita sebagai jalan untuk bahagia di sisi Allah baik didunia mahupun diakhirat kelak. InsyaALLAH.
Aku bukanlah hamba yang banyak ilmu agamanya.Aku masih seorang pelajar dan sentiasa belajar.
Inilah tujuanku di sini aku ingin sentiasa memotivasikan diri sendiri. Kalian juga mungkin sedar kadang kala kita mudah lupa, alpa dengan kisah duniawi sehingga lupa tujuan asal kita.
Aku juga begitu.Aku ingin sentiasa berubah kepada lebih sedap mata memandang ;) Baik dari segi segalanya. Bak kata 'kita', perlahan kayuh lah kan ;p
Oh aku juga suka berkarya puisi khususnya.Jadi mungkin inilah tempatnya untukku meluah rasa.
Tak salah mungkin kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain bukan?
Semoga segalanya di sini baik baik belaka untuk tontonan aku dan kalian juga.
* "Org yg berbahagia adalah org yg faham untuk apa hidup"
- TUJUAN hidup hanya mncari Redha Allah (QS98:5),
- PERANAN hidup sbg khalifah (QS2:30),
- TUGAS hidup mengabdi pada ALLAH (QS51:56),
- PEDOMAN hidup adalah Alqur'an (QS2;2),
- TELADAN hidup adalah nabi Muhammad (QS33:21),
- SAHABAT hidup adalah orang-orang beriman (QS49:10),
- ALAT hidup adalah harta,tahta & semua potensi (QS28:77),
- MUSUH hidup adalah syaitan (QS36:60),
*ehsan dari Tuan K.H Muhammad Arifin Ilham
No comments:
Post a Comment