Friday 29 April 2011

Kampung Lebu

malam ini aku sendiri
dan menghirup udara segar senang hati
aku akui aku suka
suka kampung ini malam ini
mereka ketawa
dan mereka mesra
sungguh berbahasa sopan benar lagaknya
bunyi gitar orang bandar mula mencelah
memang terhibur di hati
lagi pula si dia bersama
coret coretan tersisip rapi
walau akhir nanti
tidak bisa mengenali
semoga mereka dikurnia
suasana indah seperti malam ini
setiap hari
pasti bahagia
seperti diriku malam ini
tak henti henti tersenyum sipu
sendiri

Wednesday 27 April 2011

tiada penjelasan

masa jangan kecewakan aku
biar aku mengejar kau masih
berlari
aku masih tahu
kau itu guru yang tenang
biar bintang berkelip kau masih mengira
belum puas aku menjadi anak didikmu
aku inginkan sepasang sayap
aku ingin terbang ke angkasa seram
ditemani cahaya jingga matahari gergasi
sudikah kau membantuku?
dalam samar aku mula tersenyum
akan ku terus mengejar
selagi kudrat dikurniaNya

Monday 25 April 2011

hilang malu~

hina perasaan kau itu
hilang kawalankah kau bila sedikit nikmat diberi
mengendong pinjaman harta sudah kira beruntung
malu yang suci itu kau lontar ke tanah
sedang kau juga serendah itu dahulu
sanggup kau menderhaka kepada anggota tubuhmu ?
yang bisa berkata-kata pabila tiba harinya
pasti kau mengerti ; meremang bukan?
ah! usah kau berdalih lagi
pasti masih ada ruang putih
kerna Dia pasti bisa mendengar bisik hatimu tika ini
bila kau ingin berchenta denganNya .
Indahnya malu itu
lihat lagatmu
entah diterima entah tidak
tidak bisa tahu




Saturday 23 April 2011

bisik~

Hilang mencari diri
sangsi kata-kata sinis makhluk hati
bergema


melawan nafsu semata dalam menuju jalan sempurna
bisik menggoncang dinding rapuh
tenggelam hitam timbul menggesek
lurah sempit menggapai cengkaman pahit
bisa selit lagi
bergelak kecil jengkel.


Mendongak membisik yang benar, nyata, percaya
menadah merendah diri
memahat bisik bangkai lama
dan kalimah mendesing ia
basah bibir polos itu seindah hujan di subuh hari
moga diterima selama
tidak akan henti selagi dinding belum berdiri
melayar rasa diri
kembali
tidak hilang lagi







Tuesday 19 April 2011

perempuan

tidakkah kau tegar ini berlaku?
secara mendadak bagai mengikut musim tertentu
tercemar segala akhlak sopan santunmu
yang berzaman dilakar nenek moyang dahulu
sudah hilangkah kemaluan dilubuk sanubari itu;
kau lupa asal usulmu
kau lupa siapa diri itu
kau lupa tujuan asal hidupmu
janganlah menunding jari menyahlahkan sesiapa
bila kau kini sudah terkial-kial
maruah diperkosa tanpa kau sedar
hina yang kau tadah tidak terkira
kau lupa Tuahnmu
kau lupa ibumu
dan kau lupa tujuan asal hidupmu
wahai perempuan
tidakkah kau tegar ini berlaku?
anak itu anak kamu

Monday 18 April 2011

malas~

Malas aku fikirkan
engkau bukan siapa siapa
malas aku bergelak ketawa
bila akhirnya kau mengajak aku binasa
usah kau cemburui aku dengan hati rusak mu itu
bila aku sudah jumpa jalanku dan bukan jalanmu
ya aku mengikut jalan itu
biar aku memilih sendiri
malas aku ini bererti.

khayalan

Aku tidak mengerti dia berkhayal ke situ lagi
bantu aku sekali lagi
terima aku kali ini
tanpa Kau aku tidak terkawal
aku tidak mengerti
ruang itu menghimpit lagi.

Thursday 14 April 2011

merah hati hitam

Merahkah hati itu
bila dia menyentuh kalbu
luka berparut nanah
jangan pernah puas dengan seksa itu;
darah memercik keluar lagi
hitam bernyawa;
menunggu giliran tiba dengan mesra
jangan percaya hati merah itu
karena mungkin ia akan kembali hitam;
tanpa panggilan dari surga
lidah tak bernyawa
telinga tak berkata
biar engkau seru
pasti ia dhatang
masa guru yang tenang.

Monday 11 April 2011

alam ini

21 August 2010
Sabtu,
Taman Tasik Titiwangsa.



Perasaan,
menyelinap ke seluruh ruang dada
bayu menghembus lembut
mata redup merenung kehijauan alam
kebiruan langit menyedarkan diri
betapa agung ciptaan Allah.
Burung bernyanyi mengikut irama asli
alam,
tidak pernah sunyi dek engkau
yang tidak jemu menghiburkanku
tenang membatukan diri
merenung
ya..alam ini
mengembalikan nostalgia lama
sendu
dan pilu tidak kekal lama
karna mereka tidak jemu menghiburkanku
walau mata sudah menunjukkan tanda-tanda mendung
tidak
bukan kecewa karna nostalgia lama
tetapi karna alam memujuk rayu kepadaku
dan bernyanyi untukku.

Sunday 10 April 2011

Pertama kali

Assalamualaikum dan Salam Perkenalan,
Oh and yah hello guys..
Welcome to ma lil film making blog "the making of A.Y.U and you".


Dan sebenarnya setiap perkara musti ada ceritera atau lebih
mudah tujuannya tersendiri.

Asas kita sendiri ada paksinya ada tiangnya dan yang pasti ada landasannya yang utuh iaitu agama sebagai pelengkap kehidupan kita.

Bukan sebagai pelengkap sahaja malah menjadikan agama sebagai amalan kita sebagai jalan untuk bahagia di sisi Allah baik didunia mahupun diakhirat kelak. InsyaALLAH.



















Aku bukanlah hamba yang banyak ilmu agamanya.Aku masih seorang pelajar dan sentiasa belajar.

Inilah tujuanku di sini aku ingin sentiasa memotivasikan diri sendiri. Kalian juga mungkin sedar kadang kala kita mudah lupa, alpa dengan kisah duniawi sehingga lupa tujuan asal kita.


Aku juga begitu.Aku ingin sentiasa berubah kepada lebih sedap mata memandang ;) Baik dari segi segalanya. Bak kata 'kita', perlahan kayuh lah kan ;p

Oh aku juga suka berkarya puisi khususnya.Jadi mungkin inilah tempatnya untukku meluah rasa.

Tak salah mungkin kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain bukan?

Semoga segalanya di sini baik baik belaka untuk tontonan aku dan kalian juga.


"Org yg berbahagia adalah org yg faham untuk apa hidup" 



  •  TUJUAN hidup hanya mncari Redha Allah (QS98:5), 
  •  PERANAN hidup sbg khalifah (QS2:30),
  •  TUGAS hidup mengabdi pada ALLAH (QS51:56),
  •  PEDOMAN hidup adalah Alqur'an (QS2;2),
  •  TELADAN hidup adalah nabi Muhammad (QS33:21),
  •  SAHABAT hidup adalah orang-orang beriman (QS49:10),
  •  ALAT hidup adalah harta,tahta & semua potensi (QS28:77), 
  •  MUSUH hidup adalah syaitan (QS36:60),
Kini sudah jelas untuk  apa hidup sesaat ini,sahabatku.


*ehsan dari Tuan K.H Muhammad Arifin Ilham