Monday 9 May 2011

MENGHADAPI MUSIBAH

Bismillahirrahmanirrahim.

LANGKAH APABILA BERLAKU MUSIBAH

1. MUHASABAH DIRI
  • Pertama   : Muhasabah diri secara keseluruhan / total  (bukan separuh-separuh).
  • Kedua     : Mulakan dengan perkara kecil diikuti dengan yang besar.
  • Ketiga     : Cermin diri terhadap sikap kita dengan Allah dan tak dilupa hubungan sesama manusia.
  • Keempat : Fikirkanlah bagaimana kita mengendali keutamaan dalam hidup contohnya :-
                      a) perintah Allah ?
                      b) kepentingan diri ? ( harta,keluarga....)
                      c) nafsu ?

2. BERTAUBAT SECARA BERISTIQAMAH

3. MENGEMBALIKAN SEMUANYA KEPADA ALLAH ( AL-TAFWID)
  • Dengan keyakinan bahawa semuanya ditetapkan oleh Allah adalah yang terbaik.
  • Ini juga dinamakan sebagai ' HUSNUZ ZANN BILLAH' ( BAIK SANGKA DENGAN ALLAH S.WT )
  • Allah berfirman dalam surah al-Nisak ayat ke-40, maksudnya ;


                     " Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu)"




4. JAUHI TABIAT BERPUTUS ASA
  • Allah S.W.T menceritakan menerusi lisan Nabi Ibrahim betapa celahnya putus asa.
  • Firman-Nya dalam ayat ke-56 , surah al-Hajr , maksudnya ;



    " Nabi Ibrahim berkata : Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat "



5. BERSABAR MENGHADAPI MUSIBAH
  • Langkah terakhir dalam menghadapi ujian Allah menyifatkan sabar sebagai meditasi penting dalam memohon pertolongan kepada Nya.
  • Firman-Nya dalam ayat ke-45 , surah al-Baqarah, maksudnya ;



           " Dan mintalah pertolongan (kepada Allah )dengan jalan sabar dan solat ."





SUMBER : USTAZ ZAHAZAN MOHAMED

No comments:

Post a Comment